ROTARY CLUB OF BANDAR SUNGAI PETANI, MALAYSIA
  • Home
  • RCBSP News Blog
    • Click here for Quarterly Newsletter
  • Join
    • Get Involved
  • Service
    • Tabung Cermin Mata : Free Spectacles
    • Rotaract
    • "Lend-a-Wheel" Wheelchair Project
    • Upskill
    • Seni Lukis
  • About
    • 13th Installation
    • Guiding Principles of Rotary
    • 4 Way Test
    • History of Rotary 1
    • History of Rotary 2
    • History of Rotary 3
    • Board and Members of RCBSP

Tabung Cermin Mata Rotary Club of Bandar Sungai Petani

Menteri Besar Kedah
Dana untuk tabung ini dikutip semasa Larian Amal diadakan di Pantai Hospital Laguna Merbok, Sungai Petani pada 2 November 2019.

Sebagai rakan projek tanggungjawab kemasyarakatan dan korporat (CSR) Pantai Hospital Laguna Merbok, Rotary Club of Bandar Sungai Petani ingin menawarkan bantuan cermin mata untuk golongan berpendapatan rendah di sekitar Sungai Petani.

Untuk memastikan bantuan ini diagihkan kepada mereka yang memerlukannya, bantuan ditawarkan kepada keluarga yang berpendapatan (seisi keluarga) kurang daripada RM 2,500 sebulan. Kanak-kanak dan dewasa boleh menerima bantuan ini.

Bantuan dilaksanakan seperti berikut:

1. Bantuan kos sepasang cermin mata untuk pengguna berumur kurang daripada 40 tahun, sehingga maksimum RM 100.
2. Bantuan kos sepasang cermin mata untuk pengguna berumur daripada 40 tahun ke atas, sehingga maksimum RM 200.
3. Pemohon boleh mendapatkan pemeriksaan mata, preskripsi dan bekalan cermin mata daripada mana-mana optometris atau ahli optik yang bertauliah bermula daripada 1 November 2019.
4. Selepas itu, anda boleh memohon bantuan dengan mengemukakan yang berikut:
a. MyKad/MyKid (bersama salinan photostat)
b. Bukti pendapatan sekeluarga (contohnya slip gaji, Borang LHDN, surat Pengetua/Guru Besar sekolah dan sebagainya)
b. Preskripsi cermin mata (bersama salinan photostat)
c. Cermin mata yang baru dibekalkan
d. Resit daripada kedai cermin mata (bersama salinan photostat)
5. Pemohon yang layak akan menerima bantuan dengan segera.
6. Pemohonan boleh dikemukan dengan:
a. Datang sendiri ke:
President Choo Kai Hong
Universal Optometry,
29, Jalan Pengkalan
08000 Sungai Petani, Kedah
b. Mengisi borang online di bawah. Anggota Kelab Rotary akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut.
7. Bantuan akan diberikan selagi dana Tabung berkenaan masih ada.
​
8. Sekiranya anda ingin memberikan bantuan kepada Tabung ini, sila isi borang di bahagian bawah sekali:

Picture

    Saya ingin menderma untuk membantu pengguna kaca mata yang memerlukan bantuan:

Hantar
Home
Join
Get involved
RCBSP
RCBSP Facebook Page
District 3300
District 3300 FB Page
Rotary.org
Rotary International
EndPolioNow
EndPolio.Org
Rotary Club of Bandar Sungai Petani ​(ROS Reg. No.: PPM-007-02-26052011) (R.I. Club No.: 83288)